MISI & VISI


MISI

Biro ini akan digerakkan untuk melaksanakan Misi-Misi Berikut :-

1) Menganjurkan program-program yang dapat meningkatkan kesedaran dan amalan ahli-ahli parti di semua peringkat mengenai kepentingan agama dan spritual.

2) Menganjurkan program-program bersifat dialog dan interaktif mengenai pelbagai isu agama dan kaum sebagai pelerai kepada kewujudan pelbagai konflik dalam realiti kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia.

3) Menjalankan kajian-kajian saintifik mengenai perkara-perkara strategik dari aspek keagamaan dan perpaduan ke arah pengukuhan parti dalam merealitikan perjuangan menegakkan keadilan untuk rakyat.

4) Menyediakan khidmat perundingan dalam pelbagai perkara berkaitan keagamaan dan pengukuhan spritual kepada ahli-ahli parti khususnya barisan kepimpinan ke arah melahirkan pemimpin masa depan yang berintegriti.

5) Melaksanakan kegiatan yang bersifat psikologikal dan berkesan yang dapat meningkatkan kualiti ahli dari aspek integriti dan perhubungan perasaan dan kerjasama di antara ahli-ahli ke arah melahirkan organisasi yang mantap dan dipercayai rakyat.

6) Memperlengkap ahli-ahli dan kepimpinan parti di semua peringkat dengan pelbagai keterampilan yang kritikal sebagai pemimpin berjiwa murni (Spritual Leader).

VISI

 Visi Biro ini adalah untuk melihat tercapainya cita-cita berikut :-

1) Mengukuhnya silaturahim & persaudaraan murni di kalangan ahli parti dan rakyat (merentasi agama dan kaum, sesuai dengan Islam sebagai Rahmatan lil'alamin)

2) Wujudnya amalan budaya dialog yang kondusif dan berkesan (terutama dengan penganut agama bukan Islam)

3) Mantapnya sokongan orang Melayu dan Islam kepada parti (ini adalah crucial bagi kemenangan pilihanraya akan datang)

4) Terbentuknya barisan pemimpin berspiritual & berintegriti tinggi di semua peringkat kepimpinan Parti, Masyarakat & Negara di masa depan. (ini penting sangat, bukan sahaja di peringkat tinggi, malah di semua peringkat)


*** BIRO PEMAHAMAN & PEMANTAPAN AGAMA ***
*** PARTI KEADILAN RAKYAT ***

No comments:

Post a Comment