Saturday 26 December 2015

Pengerusi BiPPA selamat pulang ke tanahair.

26-Dis-2015,
Pengerusi BiPPA PKR Pusat,YB Senator Dr Muhammad Nor Bin Hj Manuty telah selamat pulang ke tanahair setelah beberapa hari berada di Qatar,
Di sana, YB telah sempat mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Kesatuan Ulama' Sedunia,Sheikh Dr Yusuf Al Qardhawi,Sheikh Rasyid Ghonusyi,Presiden Parti An Nahdhah,
Tunisia dan Sheikh Dr Ahmad Ar Raisuni,Timbalan Presiden Kesatuan Ulama' Sedunia.
Semoga pertemuan dan perbincangan para Ulama' ini akan menjuruskan kepada rahmat ALLAH untuk sekelian alam.

Wednesday 23 December 2015

Salam Maulidur Rasul

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati ALLAH".

Tuesday 22 December 2015

Mengunjung Ziarah Sheikh Dr Yussuf Al Qardhawi.

Pengerusi BiPPA PKR Pusat YB Senator Dr Muhammad Nor Bin Hj Manuty bersama rombongan Institut Darul Ehsan (IDE) mengunjung ziarah Sheikh Dr Yussuf Al Qardhawi di Doha, Qatar pada 22 Disember 2015.
InsyaALLAH perkongsian maklumat hasil pertemuan akan menyusul nanti.

Monday 21 December 2015

Kunjungan Ziarah Sheikh Dr Ahmad Raisuni

Pengerusi BiPPA PKR Pusat YB Senator  Dr Muhammad Nor Bin Hj Manuty bersama rombongan Institut Darul Ehsan(IDE)mengunjung ziarah Sheikh Dr Ahmad Raisuni di Doha, Qatar pada 21 Disember 2015.
InsyaALLAH,perkongsian maklumat berkaitan pertemuan tersebut akan menyusul.

Majlis Dialog Islam Rahmat Sekelian Alam

Ustaz Wan Ji Bin Wan Husin,Ahli Jawatankuasa BiPPA Pusat di Majlis Dialog bertajuk Islam Rahmat Sekelian Alam bersama pimpinan tertinggi Persatuan persatuan Cina Malaysia di Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall pada 21-Dis-2015.
InsyaALLAH rakaman video akan menyusul.

Thursday 17 December 2015

Lafaz Angkat Sumpah YB Senator Dr Muhammad Nor Bin Hj Manuty - 17-Dis-2015 - Dewan Negara.



Mengenali YB Senator Dr Muhammad Nor Bin Hj Manuty

Dr Muhammad Nur Manuty merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam. Beliau dilahirkan pada 12/12/1949 di Kampung Jelai, Batu Kurau Perak.

Pendidikan

Beliau bersekolah di Kolej Islam Malaya (1970) di Klang,Selangor. Kemudian melanjutkan pengajian Sm,Pi (Usuluddin dan Falsafah, UKM), (1970-197474)
MA dan Ph.D, (Pemikiran Islam dan Perbandingan Agama), Universiti Temple, Philadelphia, USA (1978) dan (1988)

Kerjaya

Pensyarah di Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, UKM (1974-83)

Pensyarah di Markaz Ilmu Teras, UIAM (1983-90)

Penolong Profesor di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama (1990-95)

Profesor Madya di Jabatan Usuluddin Dan Perbandingan Agama, UIAM (1995-99).

Dalam bidang pentadbiran, pernah menjadi Dekan Hal Hal Pelajar, UIAM (1990-1994); Dekan Pusat Pengajian Lanjutan Dan Khidmat Masyarakat, UIAM (1995-1998)

Perunding Pendidikan Islam, Darul Arqam, Singapura; Pengarah, CESMACS, Kuala Lumpur; pensyarah sambilan Kolej Darul Hikmah, Kajang; dan pensyarah pelawat Markfield Institute of Higher Education, Leicester, UK

Sosial

Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden ABIM pada tahun 1991 hingga tahun 1997, penah menjawat jawatan Timbalan Presiden WADAH, dan Pengarah CESMACS

Politik

Beliau aktif di dalam Parti Keadilan Rakyat sebagai pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR (BiPPA)

Sebelum itu, pada April 2009, beliau memegang jawatan pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik

Sebelum memasuki PKR, beliau pernah terlibat di dalam UMNO tetapi keluar berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau merupakan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM).

Semasa Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1997 , beliau dilihat bersama-sama mempertahankan Anwar Ibrahim selaku bekas pengasas ABIM.

Beliau juga pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 11 pada tahun 1999 di kawasan Parlimen Larut tetapi kalah dengan majoriti yang tipis.

Beliau juga pernah bertanding pada Piliharan Raya Umum ke 13 pada tahun 2013 di kawasan Parlimen Bagan Serai, tetapi kalah juga dengan majoriti yang amat tipis.

Menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat pada 2010 hingga 2014,

Beliau kini menjadi Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat (BiPPA).

Pada 17-Dis-2015 beliau telah mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara.


Tahniah

BiPPA PKR Pusat mengucapkan tahniah kepada YB Senator Dr Muhammad Nor Bin Hj Manuty yang telah secara rasminya mengangkat sumpah di Dewan Negara pagi ini.
Terima kasih kepada DUN Selangor yang telah mencalonkannya.
Semoga Pengerusi BiPPA PKR Pusat ini dapat menunaikan amanah dengan sebaiknya,
Demi rakyat,
Untuk rakyat,
Kerana ALLAH.

Monday 14 December 2015

Ucapan Maal Hijrah 1437


Kenyataan Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA)
Parti Keadilan Rakyat

Tahun Baru Hijrah 1437H 
Sekali lagi umat Islam di seluruh dunia merayakan kedatangan tahun baru 1437 hijrah.Sesungguhnya peristiwa hijrah adalah merupakan satu detik yang sangat bermakna kepada umat Islam dari segi zahir dan batin.Hijrah memberi makna yang positif untuk kecemerlangan umat sejak berlakunya hijrah Rasul dari kota Mekah ke Madinah al-Munawwarah  dan insyallah ia akan berterusan hingga ke hari kiamat.

Bicara hijrah di dalam al-Qur'an jelas menunjukkan bahawa Junjungan Muhammad SAW memiliki visi yang jauh dari segi da'wah, perancangan yang rapi dan berstrategik, kekentalan semangat pengorbanan yang luar biasa, mempunyai minda terbuka dengan membenarkan orang musyrik seperti 'Abdullah ibn Uraiqat turut sama berpartisipasi dalam persiapan logistik hijrah. Selain itu, hijrah adalah satu manifestasi semangat persaudaraan (ruh al-ukhhuwah) antara muhajirin Mekah dengan kelompok ansar di Kota Madinah. 

Justeru, al-Qur'an memberi pujian yang tinggi terhadap penggerak- penggerak hijrah yang sentiasa mendapat rahmat dan barakah dari Allah SWT. Firman Allah SWT: 

" Kemudian Tuhanmu (pelindung) bagi orang yang berhijrah setelah menderita cobaan, kemudian mereka berjihad dan bersabar, sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha pengampun dan Maha penyayang." (Surah An Nahl: 110).

Kendatipun demikian, hijrah tidak dapat berfungsi secara berkesan jika umat tidak menghayati sepenuhnya prinsip dan tujuan hijrah.Dalam konteks Malaysia, perkembangan mutakahir jelas menuntut umat Islam untuk menjadikan tahun 1437 hijrah, sebagai satu jihad besar berusaha  melakukan perubahan kepemimpinan negara supaya tidak diterajui oleh penguasa – penguasa yang korup dan berani menyalahgunakan kuasa dalam pelbagai institusi pemerintah secara wawenang. Justeru, hijrah hanya dapat direalisasikan apabila perpindahan sikap dan perbuatan buruk (al-munkar) berpindah menjadi baik (al-ma'ruf). Dengan lain perkataan, hijrah bererti menumpaskan kezaliman dan mengangkat kembali keadilan.Inilah hakikatnya hijrah seperti pesan Junjungan Muhammad (SAW) dalam hadis-jlhadisnya yang sahih. 

Justeru, kita menyeru seluruh umat Islam supaya menjadikan sambutan hijrah 1347 kali ini sebagai satu keutamaan tindakan amar ma'ruf dan nahi munkar dengan penghayatan sepenuhnya terhadap fiqh 'ul hijrah demi keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

Dr Muhammad Nor Bin Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA)
Parti Keadilan Rakyat
1 Muharram 1437H/14hb Oktober, 2015

Sent from Samsung Mobile

Tuesday 8 December 2015

Ahli Jawatankuasa Biro Pemahaman & Pemantapan Agama

Pengerusi
YB Senator Dr Muhammad Nor Bin Manuty

YB SENATOR DR MUHAMMAD NOR BIN MANUTY

Timbalan Pengerusi
Hj Amidi Bin Datok Abd Manan


HJ AMIDI BIN DATOK ABD MANAN

Naib Pengerusi 1
YB Datuk Hj Maktar Bin Shapee

YB DATUK HJ MAKTAR BIN SHAPEE

Naib Pengerusi 2
Haji Bahrom Bin Abu Bakar

Bendahari
Haji Abdullah Fahim Bin Abd.Rahman


HAJI ABDULLAH FAHIM BIN ABD RAHMAN
Setiausaha
Ustaz Mohd Zawawi Bin Mughni

USTAZ MOHD ZAWAWI BIN MUGHNI
Penolong Setiausaha 1
Kamarul Bahrin Bin Zahid

Penolong Setiausaha 2
Sharipuddin Bin Muis

SHARIPUDDIN BIN MUIS


Setiausaha Kerja
Nor Azmi Bin Abd.Kadir

Ketua Penerangan
Ustaz Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad

USTAZ SYED MOHAMAD NAZLI BIN SYED AHMAD


Penyelidikan
Dato' Hj Ahmad Bin Kassim

DATO' HJ AHMAD BIN KASSIM

Seminar/Forum/Dialog
Hj Zahrul Nizam Bin Abd Majid

HJ ZAHRUL NIZAM BIN ABD MAJID


Penerbitan & Komunikasi
Ustaz Hj Zulkifli Bin Ibrahim

Hal Ehwal Wanita
Ustazah Hazlina Bt Abd.Razak

USTAZAH HAZLINA BT ABD RAZAK


Kerohanian
Ustaz Haji Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

USTAZ HJ SYAMSUL FIRDAUS BIN MOHAMED SUPRI




Tugas-Tugas Khas
Madhi Bin Hassan

MADHI BIN HASSAN


Wakil AMK
Ustaz Wan Ji Bin Wan Hussain


USTAZ WAN JI BIN WAN HUSSAIN