Monday 18 April 2016

Ucapan Perbahasan Menjunjung Titah SPB Yang Dipertuan Agong YB Senator Dr Muhammad  Nur Manuty semasa Sidang Dewan Negara pada 18 April 2016

Bismillahirrahmanirrahim
Nahmaduhu wa nusalli 'ala rasulihi al-karim

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan Negara,
Ahli - Ahli Yang Berhormat

1.Saya memulakan ucapan saya dengan mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua atas peluang yang diberikan kepada saya dalam membahas usul menjunjung titah SPB Yang Di-Pertuan Agong. 
Sesungguhnya titah tersebut sepatutnya menjadi panduan dan sempadan kepada ahli-ahli dewan negara dalam sidang parlimen kali ini.

2.Pertama saya ingin menyentuh mengenai titah Baginda mengenai kepentingan menjaga keamanan negara serta mengekang pengaruh militan yang telah menampakkan pengaruhnya di negara ini. Usaha Kementerian Dalam Negeri dan PDRM yang melakukan pelbagai usaha bagi menggagalkan sebarang percubaan untuk membuat keganasan di Malaysia sangat dialu-alukan oleh semua pihak yang prihatin terhadap kesejahteraan hidup rakyat dan kestabilan negara. Mutakhir ini kita mendengar rakyat Malaysia ditahan kerana disyaki menyertai kumpulan ISIS. Namun statistik penahanan yang tinggi tidak bermakna usaha kita mengekang militan sudah tercapai. Malahan sepatutnya kita berfikir dengan mendalam apakah sebab-sebab mereka yang terdiri dari golongan muda dan berpelajaran mudah terpengaruh dengan agenda ISIS yang terpesong dari ajaran Islam yang suci. Usaha pembanterasan keganasan di negara ini tidak seharusnya dibebankan ke atas PDRM semata-mata namun usaha tersebut perlu mendapat kerjasama yang sepenuhnya dari semua agensi, institusi pemerintah, NGO-NGO, badan-badan korporat, media dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Selanjutnya, JAKIM, YADIM, IKIM dan jabatan-jabatan agama negeri sewajarnya telahpun siap sedia menawarkan modul-modul yang komprehensif dan efektif tentang kewajipan memahami konsep jihad yang kini telah disalahtafsir oleh kumpulan ISIS. Selain itu, modul-modul tersebut juga hendaklah mengupas salah faham tentang konsep negara Islam yang menjadi ideologi utama ISIS. Dalam hubungan ini karya-karya Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, tokoh ulama' sedunia seperti Fiqh Jihad dan Fiqh Kenegaraan Islam wajar dijadikan rujukan penting. Karya-karya tersebut boleh menyelesaikan banyak kekeliruan dan kekusutan pemikiran dalam masyarakat. Kita juga memerlukan kepakaran personaliti media sosial untuk berhadapan dengan kelicikan ISIS yang berjaya meluaskan pengaruhnya dalam media sosial. Inilah kelompok yang perlu diberikan latihan sosial media secara khusus tentang memahami konsep jihad dan negara Islam.

3.Malaysia perlu meneruskan lagi usaha membasmi sindiket pemerdagangan manusia. Ini dapat dianggap sebagai jenayah perhambaan zaman moden yang telah memberi nama buruk kepada negara. Kebanyakan daripada mangsa pemerdagangan manusia adalah dari kalangan pelarian yang melarikan diri daripada negara asal kerana takut dengan ancaman terhadap keselamatan nyawa diri dan keluarga mereka. Oleh yang demikian, mereka perlu dibezakan dengan imigran yang datang atas dasar pilihan untuk mencari kerja di negara ini. Namun pelarian tidak ada pilihan lain selain mendapat perlindungan sementara di negara ketiga yang lebih aman. Kerajaan perlu juga memastikan pelarian di negara ini mendapat kebajikan yang sewajarnya atas dasar kemanusiaan. Kita wajar mempertimbangkan keperluan mereka mendapat pekerjaan dan peluang pendidikaan kepada anak-anak mereka. Sekiranya mereka tidak bekerja atau bersekolah, saya cukup yakin mereka akan terjebak ke dalam kegiatan jenayah.

4.Malaysia melalui syarikat kebanggaanya Petronas telah sentiasa menjadi salah satu syarikat terbesar di Asia dan sentiasa menjadi "benchmark" dalam industri minyak dan gas asli. Namun beberapa tahun kebelakangan ini harga minyak telah menurun dan simpanan minyak dunia pun sudah semakin berkurang kerana penggunaannya yang semakin meningkat dalam kehidupan seharian manusia. Selain itu, konflik di negara-negara pengeluar seperti di Timur Tengah merumitkan lagi pasaran keluaran minyak sedunia. Kerajaan perlu menambah program pemberdayaan rakyat terutamanya dalam mempromosi aktviti ekonomi yang merakyat. Barangkali sampai masanya untuk kerajaan memberi pelbagai insentif bantuan kewangan dan latihan keusahawanan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang baru bersara. Bagi orang-orang muda pula, pendidikan keusahawan perlu digalakkan sejak dari pendidikan kolej dan pengajian tinggi. Tentulah mereka perlu dibantu dalam memberi bantuan modal awal supaya mereka lebih yakin dalam memulakan perniagaan. Seperti kata pepatah, perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama, dan kerajaan sepatutnya membantu mereka dalam memulakan langkah pertama itu. Saya cukup yakin bahawa untuk menjadi negara maju, rakyat kita perlu menjadi usahawan yang berani dalam mengambil risiko, bukan semata-mata bekerja di pejabat dan menunggu hari persaraan. Orientasi bekerja di dalam sektor swasta wajar dipromosikan dengan lebih meluas. Dengan ini, pasaran pekerjaan akan lebih terjamin pada masa hadapan dan sekaligus penggangguran dapat dikurangkan.

5.Tuan Yang Dipertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa bimbang dengan kejatuhan nilai wang ringgit yang terburuk sejak krisis kewangan 1998. Selanjutnya rakyat juga mengalami kesengsaraan akibat dari kejatuhan harga getah, bebanan GST, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang keperluan harian, kesukaran rakyat memilih rumah yang selesa kerana harga rumah yang terlalu mahal, kurangnya khidmat kesihatan yang berkualiti dan lain-lain aspek bebanan hidup. Kesemuanya itu telah menyebabkan kesenjangan pendapatan antara golongan kaya dan miskin. Junjungan Muhammad SAW bersabda, kefakiran hampir-hampir mencetuskan kekufuran. Justeru, kerajaan seharusnya mengelakkan pembaziran dalam pengurusan wang negara serta melaksanakan projek-projek pembaziran seperti projek 1MDB yang telah menjejaskan teruk imej negara kepada negara-negara luar.

6.Berhubugan dengan saranan Seri Paduka Baginda supaya mutu pendidikan negara dipertingkatkan, saya ingin menyatakan rasa terperanjat kerana pengumuman Menteri Pendidikan Tinggi untuk menamatkan kontrak profesor-profesor yang berumur lebih 60 tahun di IPTA semata-mata kerana gugatan krisis ekonomi negara yang sedang berlaku saat ini. Rasanya langkah sedemikian merugikan kepada masa hadapan pembangunan negara kerana berbanding dengan negara-negara maju, IPT awam di negara-negara tersebut sentiasa meraikan khidmat ilmu dan kepakaran ilmuwan yang sudah meningkat umur lebih 60 tahun. Semakin umur mereka bertambah, semakin dirasakan keperluan pengalaman keilmuwan mereka untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Malangnya di Malaysia, pengalaman mereka tidak dihargai. Kita hendaklah ingat bahawa  untuk mendapatkan seorang profesor yang terlatih perlu melibatkan perbelanjaan yang besar dan masa yang lama. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan pemotongan biasiswa JPA ke luar negara. Pemotongan ini merencatkan pendedahan keilmuan di negara luar  yang selama ini menjadi salah satu nilai tambah kepada kekuatan modal insan di Malaysia.

7.Mutakhir ini, pertembungan antara mahkamah sivil dan syariah semakin rencam. Ini ialah kerana undang-undang syariah bukan sekadar terhad kepada orang-orang Islam sahaja seperti yang kita fahami sebelum ini, namun ianya juga memberi kesan tidak langsung kepada orang bukan Islam seperti kes perceraian, penjagaan anak, pewarisan harta dan lain-lain. Saya fikir sudah tiba masanya kita menggubal undang-undang terutamanya dalam kes kekeluargaan supaya memberi keadilan kepada semua pihak. Ini adalah penting supaya keharmonian beragama yang kukuh terus dipelihara. Oleh kerana ianya melibatkan kuasa agama di negeri-negeri dalam Persekutuan maka jalan terbaik bagi mengelakkan konflik seumpama ini berterusan maka dicadangkan supaya Majlis Raja-Raja Melayu menubuhkan sebuah Surujahanjaya Khas bagi menyelesaikan pertikaian antara mahkamah syariah dan sivil. Ini adalah disebabkan dalam kes-kes yang kontroversi, seringkali keputusan di mahkamah syariah dan sivil berbeza dan ini menyebabkan kegelisahan dan kekeliruan berlaku.

8. Dalam hal ini, saya menyokong saranan Yang Dipertuan Agong jelas menunjukkan bahawa otoriti agama di negara ini hendaklah menguasai dengan mendalam keilmuan Islam supaya tidak dapat dipertikaikan sama sekali oleh pelbagai kelompok di dalam masyarakat Islam dan bukan Islam. Otoriti Islam di negara ini wajar diberi ruang yang seluas-luasnya untuk mendapat pendedahan dari para ilmuwan Muslim semasa di dalam dan di luar negara, bahkan mereka tidak hanya perlu menguasai ilmu-ilmu naqli (revealed knowledge) tetapi juga ilmu-ilmu aqli (rational sciences). Kita yakin dengan penguasaan kedua-dua cabang ilmu tersebut, hujah-hujah yang dikeluarkan oleh otoriti Islam di Malaysia mempunyai kekuatan justifikasi yang dapat diterima kerana kekentalan fakta yang serta mengandungi rasional yang selari dengan realiti semasa. Sebagai permulaan Mufti Wilayah Persekutuan, SS Dr Zulkifli Albakri dan Mufti Pulau Pinang, SS Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang menerima kunjungan hormat dari pemimpin-pemimpin Kristian dari negeri masing-masing adalah satu langkah terpuji yang boleh mengurangkan salah faham terhadap agama Islam dan lain-lain agama. Selain itu, bagi memurnikan percanggahan pemikiran Islam seperti yang sedang rancak berlaku saat ini di media sosial dan akhbar bercetak, maka pihak berkuasa Islam di negara ini wajar mengambil pendekatan engagement dengan pelbagai individu dan kelompok-kelompok yang kritikal. Kita kembali kepada pendekatan Al-Quran, firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud"Serulah (manusia) ke jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan-mu, Dialah Yang Mahatahu tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."  

9. Akhir sekali, sesungguhnya kita sebagai penggubal undang-undang di dewan yang mulia ini mempunyai pertanggungjawaban yang berat di hadapan Allah SWT dan rakyat untuk menyelamatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mendapat limpahan nikmat yang terhitung. Justeru, slogan transfomasi tidak mempunyai apa-apa makna seandainya tidak dilaksanakan dengan adil, telus dan amanah.

Tuesday 12 April 2016

Pendirian BiPPA Mengenai Lawatan Dr Zakir Naik ke Malaysia.

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) KEADILAN berpandangan bahawa para pengkritik ke atas lawatan Dr Zakir Naik ke Malaysia sewajarnya meniliti dengan cermat ceramah-ceramah dan pendirian peribadi beliau sebelum membuat kritikan yang melulu sehingga boleh menjejaskan keharmonian agama di Malaysia.Justeru,undangan terhadap Dr Zakir Naik tidak sewajarnya disensasikan oleh pihak-pihak tertentu seperti Hindraf, MIC dan lain-lain.Dr Zakir Naik telah melawat Malaysia berkali-kali dan telah mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Malaysia dengan penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Malaysia pada tahun 2014.

BiPPA merasa kesal dengan pembatalan program Dr Zakir Naik oleh PDRM di UTEM, Melaka, pada 17hb.April ini secara tergesa - tergesa tanpa memberi justifikasi yang munasabah.Program tersebut selaras dengan status UTEM sebagai sebuah menara gading  ilmu yang menekankan iltizam terhadap pengembangan intelektualisme dan sekaligus bertujuan untuk mempertingkatkan program dialog antara agama.

Ketokohan Dr Zakir Naik sebagai seorang ilmuan perbandingan agama seharusnya dimanfaatkan semaksimum mungkin. Seandainya pengucapan-pengucapan Dr Zakir Naik telah menimbulkan perkara-perkara sensitif dan negatif di kacamata masyarakat bukan Islam, maka sudah pasti kegiatannya telah pun dilarang oleh kerajaan India yang mempunyai majoriti penganut agama Hindu. Sebaliknya adalah suatu yang memeranjatkan apabila pihak-pihak tertentu di Malaysia tidak menunjukkan kematangan dan lebih bersifat emosi.

Dalam menghadapi isu-isu yang sensitif seumapama ini, BiPPA ingin menganjurkan supaya proses mendidik rakyat Malaysia dalam memahami tradisi semua agama yang wujud di dalam negara ini wajar dipertingkatkan dengan lebih serius.Hakikatnya kelainan antara agama-agama tidak wajar dijadikan sebagai punca perpecahan,sebaliknya ia dapat dijadikan faktor pemersatu antara rakyat Malaysia.Dalam hubungan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum, keADILan telah melakar usaha-usaha dialog antara agama/tamadun mulai dekad 70'an di dalam negara ini.Sewajarnya selepas 60 tahun kemerdekaan negara,keunikan tiga tamadun besar iaitu Islam, Cina dan India yang wujud di Malaysia telah dapat mengelakkan berlakunya konflik pemikiran yang berkaitan dengan kemajmukan agama. Dalam sejarah peradaban Islam, Al-Biruni, seorang ilmuwan Islam ternama telah menulis sebuah karya penting tentang agama Hindu. Justeru, bukan suatu perkara yang asing bagi seorang penganut Islam menekuni agama-agama lain untuk tujuan menambahkan kefahaman.

Sebagai warganegara Malaysia yang mengamalkan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, kehadiran Dr Zakir Naik tidak sepatutnya disekat dan jika terdapat beberapa perkara yang tidak memuaskan hati dalam kalangan penganut-penganut bukan Islam, maka sewajarnya pertemuan-pertemuan seperti sidang meja bulat adalah penting untuk diadakan dengan pihak-pihak yang terlibat bagi mendapatkan penjelasan khususnya dari Dr Zakir Naik sendiri dan pihak penganjur. Pertemuan tertutup adalah penting untuk mendidik penganut agama masing-masing tentang perlunya menghormati kemajmukan agama agama yang merupakan fitrah Allah SWT supaya tidak timbul lagi ketidakmatangan rakyat Malaysia dalam kehidupan pelbagai agama. Kita yakin bahawa rakyat Malaysia menolak sebarang tindakan yang bersifat penghinaan terhadap semua agama.Di dalam Islam penghinaan terhadap agama-agama sangat dilarang. Ia juga bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan juga Rukun Negara. Justeru pertemuan antara pemimpin agama perlu lebih kerapa diadakan.  Dalam hubungan ini, BiPPA mengalu-alukan kenyataan SS Mufti Pulau Pinang, SS Mufti Wilayah Perseketuan dan SS Mufti Perlis yang menyokong secara terbuka terhadap program-program Dr Zakir Naik di negara ini..

Kesimpulannya, BiPPA berpandangan bahawa program-program Dr Zakir Naik wajar diteruskan supaya dialog antara agama dapat disuburkan.Keupayaan rakyat Malaysia dalam mengamalkan dialog yang terbuka, beretika dan matang adalah suatu yang wajib sebagai prasyarat Malaysia menjadi negara yang maju dan bertamadun tinggi. BiPPA juga mengalu-alukan program kehadiran tokoh-tokoh agama bukan Islam ke negara ini sebagai merealisasikan keharmonian dan kebebasan beragama di Malaysia.

Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA)
Parti Keadilan Rakyat
12 April 2016

Thursday 17 March 2016

Berdakwah Di Katil Hospital



MasyaALLAH,
Sheikh Dr Aaidh Ibnu Abdullah Al Qarni terus berdakwah tanpa henti walaupun berada di katil hospital degan keadaan kesihatan yang sebegitu akibat ditembak ketika cubaan membunuhnya di Filipina baru baru ini.

Semoga ALLAH merahmatinya.

Monday 7 March 2016

Catatan Halaqah Ilmu Bukit Segambut.

Catatan Halaqah Ilmu Bukit Segambut
Pengisian Oleh Ustaz Abdul Mutalib Maarof
Yayasan An-Nahdhoh
25 Febuari 2016

Saya bersetuju untuk hadir kerana teringat dengan pesan Nabi Muhammad SAW supaya menjaga perhubungan silaturrahimi sesama Islam. Persaudaraan yang ikhlas hanya boleh dilihat oleh mata hati. Mata hati boleh nampak apa yg mata zahir tidak nampak. Contohnya kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak yang kita tidak nampak secara fizikal tetapi merasakannya dengan hati. Sekiranya hubungan sesama manusia itu ikhlas, tentu kita akan selalu teringatkan dia. Inilah manfaatnya mata hati. Dato' Seri Anwar Ibrahim duduk di hati kaum keluarga dan sahabatnya. Itulah besarnya nikmat mata hati yang Allah jadikan. Saya teringat pilihanraya Permatang Pauh baru-baru ini, ada yang datang dari Kuala Lumpur kerana mahu mendengar nasihat saya sebab Anwar Ibrahim suruh mereka jump saya. Sejak dari itu saya merasakan saya mempunyai hubungan hati dengan Anwar Ibrahim. Walaupun jauh di mata tetapi kita tetap berhubungan dengan mata hati.

Islam mengajar kita berdoa apabila sedanga bermusafir supaya Allah memendekkan perjalanan kita. Contohnya bila hendak ke Mekah, kita minta supaya perjalanan dipendekkan. Mengapa? Ada orang merasakan sesuatu itu perjalanan lama, ada juga yang rasa sekejap sahaja, walaupun jaraknya sama. Saya mengajak tuan-tuan supaya berdoa kepada Allah supaya Anwar Ibrahim merasakan masa beliau dalam penjara pendek. Mudah-mudahan tidak merasakan satu hari macam sebulan. Kita masuk hospital pun satu hari pun dah sama macam sebulan. Saya berdoa supaya biarlah 3 atau 4 tahun yangg terpenjara itu biarlah dijadikan rasanya pendek walaupun hakikatnya lama.

Dalam sirah Nabi, ada seorang sahabat yag apabila dipuji beliau rasa seronok. Beliau memberitahu kepada Nabi SAW tentang pujian tersebut. Kita juga kadang-kadang bermimpi ada yang indah, ada juga yang buruk . Walaupun duduk di istana besar pun, tetapi kalau mimpi buruk pun tetap tidak boleh tidur nyenyak. Allah ciptakan mimpi dengan sebab, bukan tiada kegunaan. Dalam mimpi juga kita dapat berjumpa dengan orang yang sudah lama kita tak jumpa atau sudah pun meninggal dunia. Antara mimpi yang paling indah adalah bermimpi dapat jumpa Nabi SAW. Kita doakan supaya waktu Anwar Ibrahim dalam penjara beliau akan dikurniakan mimpi yang indah.

Saidatina Khadijah suatu hari teringatkan sepupunya, Waraqah bin Naufal, orang pertama yang mengesahkan Nabi SAW sebagai Rasulullah. Waraqah berkata bahawa beliau mahu membantu dalam dakwah Nabi tetapi beliau sudah tua dan selepas itu beliau meninggal dunia. Khadijah bertanya kepada Nabi adakah waraqah ahli syurga atau neraka. Nabi berkata baginda pernah bermimpi berjumpa Waraqah dengan memakai pakaian yang cantik.

Kalau kita baca dalam Hadis Nabi SAW ada disebut tentang mimpi. Orang kalau pergi haji niat tak betul, dah boleh tengok kesannya di Mekah lagi. Balasan Allah kepada orang yang melakukan kezaliman sangat cepat. Sama seperti yang dihadapi oleh Mahathir sekarang. Oleh itu janganlah berbuat zalim kepada orang lain. Kalau kita berdoa beberapa kali tetapi masih tak dapat kita kena sebut Alhamdulillah kerana walau apapun kita tetap bersyukur kepada Allah atas segala nikmat.

Takdir Allah itu pelbagai. Saya teringat 15 tahun dahulu, di Perak ada berita tentang 6 orang anak, anak-anak tidur di tingkat atas, ibu bapa tinggal di tingkat bawah, apabila berlaku kebakaran,, semua anak-anak meninggal. Ini satu ujian dari Allah. Tetapi kita kena baik sangka dengan Allah. Contohnya setiap kali kita berdoa jangan terfikir bahawa adakah Allah akan makbulkan atau tidak. Kalau kita persoalkan itu bermakna kita sudah buruk sangka dengan Allah. Kalau kita tengok situasi dunia sekarang, kita sedar yang kita dapat nikmat yang pelbagai daripada Allah. Saya teringat cerita Al-Maunah di mana ada pengikutnya yang baik tetapi akibat terikut-ikut dengan ustaz yang juga ketua mereka, mereka ditangkap dan dipenjara seumur hidup. Ini salah satu takdir Allah yang datang secara tiba-tiba menyebabkan keluarga berpecah belah. Kita kena ambil iktibar dengan cerita dengan ini dan sentiasa kuatkan semangat.

Takdir kita sendiri bagaimana? Dimana kita akan mati? Kita takkan tahu dan boleh menjangka masa depan kita. Allah akan menguji dengan apa yang kita mampu. Segala ujian yang kita terima sebenarnya kita mampu, sebab itu Allah uji kita. Allah bila kasihkan seseorang Allah akan uji. Kita lihat sekarang kita makin jauh dengan Allah SWT. Ingatlah, di sebalik ujian itu ada nikmat.

Sebelum kita nak ajak orang untuk bersatu kita sendiri mesti saling hormat-menghormati, bukan dengan cara wahdatul fikir iaitu memaksakan fikiran kita kepada orang lain kerana setiap daripada kita ada pemikiran masing-masing. Kalau kita buat kerja kerana Fisabilillah, tentu Allah akan bantu. Yang membuat kerja tanpa berkira, Allah akan kurniakan dia dengan zuriat yang baik-baik.

Mudah-mudahan Allah bagi kesenangan kepada Anwar Ibrahim dan keluarganya. Ingatlah Allah tidak berlaku zalim dan ada nikmat disebalik ujiannya. Minta supaya segala kepayahan dan pengorbanan kita Allah akan balas dan bagi kelapangan serta kesihatan.


Catatan-
Ustaz Mohd Zawawi Mughni,
Setiausaha,
BiPPA Keadilan.

Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan

7 Mac 2016

PAKATAN HARAPAN ANJURKAN PERHIMPUNAN MANSUH GST 2 APRIL 2016 DAN PERHIMPUNAN
MUAFAKAT SELAMAT MALAYSIA

Pakatan Harapan memandang positif beberapa perkembangan mutakhir yang menjadi bukti bahawa reformasi membawa perubahan institusi dan sistem yang diperjuangkan selama ini adalah satu-satunya cara menyelamatkan Malaysia.
Majlis Presiden Pakatan Harapan menyokong penglibatan ketiga kepimpinan tertinggi yang diketuai oleh YAB Mohamed Azmin Ali, YB Lim Kit Siang dan Y Bhg Hj Mohamed Sabu dalam Deklarasi Rakyat baru-baru ini.

Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh yang merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir Mohamad dan pimpinan Pakatan Harapan dan pembangkang yang lain adalah pengakuan tokoh-tokoh pimpinan Umno/Barisan Nasional sendiri bahawa institusi-institusi kerajaan telah dirosakkan oleh pentadbiran Umno/Barisan Nasional.

Pengakuan oleh Tun Mahathir Mohamad ini tidak mengubah hala tuju Pakatan Harapan terutamanya berhubung pendirian mengenai bentuk-bentuk reformasi undang-undang, politik, media, ekonomi, kewangan, pendidikan dan sosial yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Harapan.

Malah, pengakuan Tun Mahathir Mohamad itu adalah satu penerimaan secara tidak langsung bahawa institusi kerajaan yang tidak bebas telah memangsakan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama kepada pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak.

Oleh yang demikian, Pakatan Harapan pada hari ini menetapkan bahawa agenda pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama-sama agenda reformasi yang lain dalam usaha menyelamatkan Malaysia. Strategi tiga serampang ini - menuntut reformasi institusi, membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan menuntut Dato' Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan - akan digerakkan secara bersepadu oleh Pakatan Harapan dalam kempen kami di seluruh negara.

Pakatan Harapan juga percaya isu-isu ekonomi yang mendesak dan menekan rakyat tidak boleh ditenggelamkan oleh beberapa perkembangan politik mutakhir ini. Isu-isu seperti penghapusan GST, pembiayaan pendidikan yang munasabah, menghentikan kenaikan cukai, levi dan yuran yang dikenakan kerajaan dan kenaikan tarif perlu terus diperjuangkan.

Oleh itu, Pakatan Harapan menyeru semua rakyat Malaysia yang mahukan perubahan untuk turun menyertai Perhimpunan Mansuh GST yang akan diadakan pada 2 April 2016 di Kuala Lumpur bersempena dengan satu tahun rakyat Malaysia dibebankan dengan GST.

Pakatan Harapan juga akan menganjurkan perhimpunan-perhimpunan "Muafakat Selamat Malaysia" di setiap negeri bermula bulan ini untuk memberi pentas kepada semua pihak dan aktivis menggembleng sokongan rakyat menuntut Dato' Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Saudara Mohamad Sabu telah diberi amanah untuk mengetuai jawatankuasa penganjur Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016 dan perhimpunan- perhimpunan "Muafakat Selamat Malaysia".

YB DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

YB LIM KIT SIANG
Ketua Parlimen DAP

TUAN HAJI MOHAMAD SABU
Presiden AMANAH

Saturday 5 March 2016

Ucapan Takziah Kembalinya Kerahmatullah Sheikh Dr Hassan Abdullah At Turabi (1932 - 2016)

Pemergian Sheikh Dr Hassan At Turabi Satu Lagi Kehilangan Besar Kepada Dunia Islam.

Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA) Keadilan melalui Pengerusinya YB Sen Dr Muhammad Nur Bin Haji Manuty mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Sheikh Dr Hassan Abdullah At Turabi yang telah meninggal dunia pada 5-Mar-2016.

Dunia Islam yang masih bersedih dengan pemergian Almarhum Sheikh Dr Taha Jabir Al Alwani sehari yang lepas dikejutkan pula dengan pemergian tokoh politik Islam dan  pembaharuan Sudan ini.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada umat dan dunia Islam yang dahaga kan pandangan  dan sentuhan nya dalam gerakan pembaharuan politik dalam negara umat Islam sedunia.

Almarhum yang dilahirkan pada tahun 1932 di Kassala,Sudan merupakan ilmuan keluaran University of London,University of Khartoum,University of Paris dan King's College,London,seorang yang sangat mendalami iimu,fasih berbahasa Peranchis,Inggeris,Jerman,Itali dan Arab.

Almarhum merupakan salah seorang tokoh yang paling berpengaruh dalam politik Sudan moden,beliau mewarnai politik Sudan moden dengan idea idea pembaharuan didalam beragama dan berpolitik.
Almarhum disebut 'tokoh kunci proses Islamisasi Sudan'
Seorang negarawan  Sudan yang berjaya menempatkan Islam di Sudan,
Almarhum juga seorang ilmuan Islam yang rapat dengan Datok Seri Anwar Bin Ibrahim dan pimpinan awal Angkatan Belia Islam ABIM.

Alamarhum banyak meninggalkan karya karya hasil pengamatan beliau terhadap apa yang berlaku di Sudan dan  umat serta dunia Islam.
Antara Qadaya At Tajdid.

Almarhum juga  terlibat di peringkat tertinggi politik Sudan.

Almarhum ialah :
Setiausaha Agung Kongres Parti Popular 1999 - 2016,
Speaker Dewan Negara Sudan 1996 - 1999 dibawah Presiden Omar Al Basyir,
Menteri Luar Sudan pada tahun 1989 dibawah Presiden Omar Al Basyir,
Peguam Negara Sudan 1979 - 1982 dibawah Presiden Ghaffar Nimeiry,
setiuasaha Agung Barisan Islam Kebangsaan 1964 - 1999.

Demi perjuangan dan mempertahan prinsip Almarhum berkali kali juga ditahan dan dipenjarakan.

Kepada ALLAH kita memohon semoga segala amalannya diterima,segala dosanya diampuni dan semoga ALLAH mengurniakan kasihan belas merahmatinya.


"Pembaharuan agama tidak bererti keluar dan melanggari ajaran agama tetapi upaya responsive atas keperluan beragama dalam zaman dan kondisi tertentu"
-Almarhum Sheikh Dr Hassan Abdullah At Turabi.

YB Sen Dr Muhammad Nur Bin Haji Manuty
Pengerusi BiPPA Keadilan.
6-Mar-2016

Sheikh Dr Hassan Abdullah At Turabi Meninggal Dunia (1932 - 2016)

Maklumat Terkini-

Tokoh Ikhwanul Muslimin Sudan,
Sheikh Dr Hassan Abdullah At Turabi telah kembali kerahmatullah pada 5-Mar-2016,pukul 11-00 am EST Khartoum.

Almarhum kelahiran Kassala,Sudan 1932.

Semoga ALLAH menerima segala amalannya,mengampun segala dosanya dan mengurniakan kasihan belas merahmatinya.


Friday 4 March 2016

Sheikh Dr Taha Jabir Al Alwani Meninggal Dunia (1935 - 2016)



Pemergian Sheikh Dr Taha Jabir Al Alwani Satu Kehilangan Besar Kepada Dunia Islam.

Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA) Keadilan melalui Pengerusi nya YB Sen Dr Muhammad Nur Bin Haji Manuty mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Sheikh Dr Taha Jabir Al Alwani yang telah meninggal dunia pada 4-Mar-2016.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar disaat umat dan dunia Islam sangat memerlukan sentuhan Ulama' berfahaman sederhana seperti Almarhum didalam menanggani isu isu keganasan yang seolah dibabitkan dengan Islam.

Almarhum seorang intelektual Islam yang berasal dari Iraq berpendidikan dari Universiti Al Azhar,Mesir.

Almarhum pernah berkhidmat selama 10 tahun (1975-1985) sebagai Profesor Fiqh dan Usul Fiqh di Imam Muhammad Bin Sa'ud Universiti di Riyadh,

Almarhum merupakan antara pengasas International Institute of Islamic Thought (IIIT),Institut Pemikiran Islam Antarabangsa di Herndon Virginia,Amerika,bersama dengan Sheikh Abdul Hamid Sulaiman,Sheikh Dr Jamal Barzinji, Datok Seri Anwar Ibrahim dan Almarhum Sheikh Dr Ismail Al Faruqi pada tahun 1981.

Antara penulisan beliau yang terkenal ialah La Ikraha Fiddin yang menampilkan hujah hujah nya yang universal.

Almarhum Sheikh Dr Taha Jabir Al Alwani adalah merupakan mentor kepada Datok Seri Anwar Bin Ibrahim dan beliau ialah antara Ulama' dunia yang pertama sekali datang ke Malaysia berjumpa dan menyampaikan ucapan kebersamaannya di rumah Datok Seri Anwar pada tahun 1998 selepas tragedi pemecatan dan tuduhan fitnah jijik terhadap Datok Seri Anwar Ibrahim.

Almarhum meninggalkan anak anaknya yang juga tidak kurang hebat berpendidikan,Dr Zainab Al Alwani,Dr Ruqaya Al Alwani dan Ahmed Al Alwani.

Kepada ALLAH kita memohon semoga segala amalannya diterima,segala dosanya diampuni dan semoga ALLAH mengurniakan kasihan belas merahmatinya.

Sedutan komentar Sheikh Dr Taha Jabir Al Alwani bila ditanya tentang tuduhan liwat terhadap Datok Seri Anwar Ibrahim.

"Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya)Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya"

YB Sen.Dr Muhammad Nur Bin Haji Manuty,
Pengerusi BiPPA Keadilan.

Video Cubaan Bunuh Sheikh Dr Aaidh Al Qarni



Rakaman video ketika cubaan bunuh terhadap Sheikh Dr Aaidh Ibnu Abdullah Al Qarni di Filipina pada 1-Mar-2016.

Firman ALLAH:

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلا بِإِذْنِ اللَّهِ كِتَابًا مُؤَجَّلا وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا

 نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ

Dan tidak ada satu jiwa pun akan mati melainkan dengan izin ALLAH pada waktu yang telah ditentukan.
Dan sesiapa yang menghendaki balasan dunia,Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu,
Dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat,Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu,
Dan Kami pula akan berikan balasan pahala kepada orang yang bersyukur.

Aali Imran 145

Semoga Sheikh Dr Aaidh Ibnu Abdullah Al Qarni sentiasa didalam pemeliharaan ALLAH.

Thursday 3 March 2016

Santai BiPPA Bersama Naib Presiden Keadilan.

3-Mar-2016,Kuala Lumpur.

YB Sen.Dr Muhammad Nur Bin Hj Manuty mengetuai rombongan AJK BiPPA mengadakan perbincangan santai bersama YB Tian Chua,Naib Presiden Keadilan.

Pertemuan turut dihadiri YB Datok Kamaruddin Bin Jaafar,Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan IDE.

Perbincangan berkisar tentang masalah politik tanahair dan dunia serta kaitannya dengan politik dan pandangan Islam terhadapnya.

Kenyataan Media Dato' Seri Anwar Ibrahim

KENYATAAN MEDIA

Saya menyokong pendirian rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu-individu​ termasuk Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan lain-lain untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama seperti disuarakan oleh Ketua Pembangkang baru-baru ini.

Persefahaman bersama ini ​akan​
menumpukan untuk menuntut perletakan jawatan Dato' Sri Najib selaku Perdana Menteri yang telah nyata gagal mentadbir negara. Beliau bertanggungjawab meneruskan tindakan-tindakan politik rakus, merosakkan institusi pemerintahan dan membebankan rakyat dengan kegawatan ekonomi yang berterusan.

​Pada masa yang sama, tuntutan perubahan ini semestinya akan melibatkan reformasi institusi utama dalam negara yang sudahpun retak dan parah di bawah pentadbiran Dato' Sri Najib.

Selama ini kita mewakili suara nurani hati rakyat  telah berikrar untuk memperjuangkan pengembalian hak rakyat di sebuah negara merdeka dan berdaulat. Tuntas dengan kesedaran ini maka hak rakyat harus dikembalikan melalui sistem pilihanraya yang bersih serta badan kehakiman dan media yang bebas. Dasar ekonomi harus diubah untuk mengutamakan semula usaha ke arah pertumbuhan yang segar dan pengagihan kekayaan yang saksama.

Skandal 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri adalah skandal terparah dalam sejarah dan turut menjejaskan imej negara. Ini hanya mungkin berlaku apabila terdapat pemusatan kuasa kepada seorang Perdana Menteri serta kegagalan institusi kewangan, keadilan dan penguatkuasaan menjalankan tugas dengan bebas.

Kita juga telah belajar dari pengalaman sejarah bahawa peralihan kuasa yang bermakna ​bukanlah peralihan tokoh semata tetapi perubahan sistem.

Justeru itu saya tegas menggesa rakan-rakan dan rakyat bersama dalam usaha ini tanpa membataskan ia sebagai agenda peribadi mahupun permusuhan peribadi. Kita harus merangka halatuju baru bagi menyelamatkan negara.

Dato' Seri Anwar​ Ibrahim​

3 Mac 2016

-

MEDIA STATEMENT

I support the position of friends in civil society, political parties and individuals including Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin and others to build up strength and ​common ​understanding ​together ​as articulated by the Leader of the Opposition recently.

This understanding ​will focus on the demand for Dato' Sri Najib to resign as Prime Minister as he has clearly failed to lead this nation. He is responsible for continuing to engage in selfish political acts, wreaking havoc upon administrative institutions, and burdening the Rakyat with continued economic crisis.

​At the same time, the call for change must also necessarily  involve reform at key institutions in this nation, which have been badly damaged under the administration of Dato' Sri Najib.

All this while, we, ​in ​represent​ing​ the voice ​and conscience ​of the ​r​akyat, have sworn to fight to return the rights of the ​r​akyat in an independent and sovereign nation. Thus in line with this commitment, the rights of the Rakyat must be returned through a free and fair elections as well as an independent judiciary and free media. Economic policies must be reformed to refocus on fresh economic growth combined with equitable distribution of wealth.

The 1MDB scandal involving the Prime Minister is the most severe scandal in our history and has badly damaged our nation's image. This can only happen when power is centered in one individual such as the Prime Minister, as well as the failure of key financial, judicial and enforcement institutis to perform their tasks independently  without fear or favour.

We have also learned from history that meaningful ​transition of power cannot happen only with a change of leadership but it also demands a systemic change.

Therefore I urge my friends and the rakyat to stand together in this effort without limiting it with​ personal agendas or personal vendettas. We must together chart a new way forward to save our beloved nation.

Dato' Seri Anwar​ Ibrahim​

3 March 2016

Tuesday 1 March 2016

Kenyataan Media BiPPA Keadilan Terhadap Cubaan Bunuh Sheikh Dr Aaidh Al Qarni

بسم الله الر حمن الر حيم

Kenyataan Media BiPPA Keadilan Terhadap Cubaan Membunuh Sheikh Dr Aaidh Ibn Abdullah Al Qarni.

BiPPA MENGUTUK CUBAAN BUNUH SHEIKH DR AAIDH AL QARNI SEBAGAI GANAS DAN TIDAK BERTAMADUN.

1-BiPPA dengan ini memandang berat terhadap cubaan membunuh Sheikh Dr Aaidh Ibn Abdullah Al Qarni yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak dikenali di Zamboanga,Filipina pada 1-3-2016.

2-Dilaporkan bahawa Sheikh Dr Aaidh Al Qarni telah ditembak ketika bersedia untuk meninggalkan majlis ceramahnya disitu.

3-Pihak Kedutaan Arab Saudi di Manila melaporkan Sheikh Dr Aaidh Al Qarni cedera dibahunya dan keadaannya tidak membimbangkan,pembantu pembantu beliau juga terselamat semuanya.

4-BiPPA bersyukur ke hadzrat ALLAH kerana Sheikh Dr Aaidh Al Qarni terselamat dari cubaan membunuhnya,
Kita mendoa'kan kesihatan Sheikh Dr Aaidh Al Qarni,semoga beliau tabah dan diberikan kekuatan untuk meneruskan usaha usaha dakwahnya dengan pendekatannya yang sederhana diserata dunia Islam yang sangat mendambakan ilmu dan peranannya didalam mengangkat martabat Islam dan penganutnya.

5-BiPPA juga menggesa Kerajaan Filipina untuk segera melakukan penyiasatan bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab diadili dan dihukum dengan segera.

6-Pihak kami memandang serius hal ini kerana dibimbangi ia adalah kesan dari pemikiran radikal dan ekstrim yang sedang berkembang dirantau Asia Barat.

7-Semoga ALLAH merahmati Sheikh Dr Aaidh Ibn Abdullah Al Qarni dan kita semua.

YB Sen.Dr Muhammad Nur Bin Hj Manuty,
Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA) Keadilan.
2-3-2016.

Monday 29 February 2016

Kenyataan Media YB Presiden Keadilan

KENYATAAN MEDIA

Konsensus dan Muafakat Untuk Selamatkan Malaysia

Dalam beberapa hari yang lalu, rakyat Malaysia menyaksikan terciptanya sejarah apabila ramai yang dahulu bersama UMNO-Barisan Nasional kini lantang bersuara menyatakan kesediaan mereka untuk bergerak di dalam konsensus atau muafakat politik untuk mereformasikan institusi-institusi di negara ini.

Sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, dan memandangkan masalah kepimpinan serta skandal yang terus melanda negara tanpa henti, saya amat mengalu-alukan malah menggesa semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti atau fahaman politik untuk bersama di dalam usaha untuk menyelamatkan Malaysia.

Saudara Anwar sebelum ini ada menyebut bahawa kita bukan sahaja mahu orang yang sekarang memegang jawatan Perdana Menteri ditukar, tetapi sistem yang bobrok dan penuh korupsi perlu direformasi dan diperbetul. Maka semangat inilah yang perlu kita jiwai.

Oleh itu, dalam masa terdekat, saya akan bertemu dengan pimpinan Pakatan Harapan serta parti-parti politik lain, badan-badan bukan kerajaan, dan juga individu-individu untuk membincangkan program asas yang dapat dijadikan panduan bersama di dalam konsensus atau muafakat nasional ini. Semoga kita diberi iltizam, kekuatan dan keberanian untuk menyahut cabaran ini.

Ayuh, kita selamatkan Malaysia!

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN

1 Mac 2016

Thursday 25 February 2016

Pertemuan Rasmi BiPPA dan YB Presiden Keadilan

25-Feb-2016,
Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama BiPPA Keadilan diketuai oleh Pengerusi YB Dr Muhammad Nur Bin Hj Manuty dan Ahli Jawatankuasa nya mengadakan pertemuan rasmi dengan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Bt Wan Ismail,Presiden Keadilan di kediaman nya.

Semoga pertemuan ini diberkati ALLAH..

Majlis Pelancaran Halaqah Ilmu Keadilan.

25-Feb-2016,
Majlis Pelancaran Halaqah Ilmu Keadilan telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Bt Wan Ismail,Presiden Keadilan.

Majlis yang diadakan di kediaman Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim dimulakan dengan solat maghrib diimami oleh Ust Hj Syamsul Firdaus,diikuti tazkirah maghrib oleh Ust Abd.Muthalib Bin Maarof,Mudir An Nadhzoh,Bukit Mertajam,P.Pinang dan solat hajat diimami oleh Ust Muthalib.

Pengerusi BiPPA Keadilan,YB Dr.Muhammad Nur Bin Hj Manuty juga menyampaikan ucapan di majlis ini.

Majlis ini dianjurkan oleh BiPPA Keadilan,Ibu Pejabat Parti & APDK.

Tuesday 23 February 2016

Jemputan Ke Program Pelancaran Halaqah Ilmu Bukit Segambut

HALAQAH ILMU BUKIT SEGAMBUT BULAN FEBRUARI 2016

Tarikh : 25/2/2016 (Khamis malam Jumaat)

Tempat: Rumah DS Anwar Ibrahim
11, Jalan 3/61 Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

Waze: http://waze.to/lr/hw28614gkb Google: http://goo.gl/maps/Kf3VN

ATURCARA
---------------
7:25 pm
- Solat maghrib berjamaah
- Bacaan Yasin dan
- Halaqah Ilmu oleh al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Mutalib Haji Maarof , Mudir Madrasah An-Nahdhoh Pulau Pinang.

8:45 pm
- Solat Isya'& Solat Hajat

9:10 pm
- Jamuan Makan
- Ucapan YB Senator Dr.Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Biro Pemahaman  dan Pemantapan Agama (BiPPA)
- Ucapan Pimpinan
- Ucapan Pelancaran Halaqah Ilmu Bukit Segambut oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah, Presiden Keadilan.
- Bersurai

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Kenyataan Media YB Presiden Keadilan

KENYATAAN MEDIA

PERANG DI SYRIA: MALAYSIA JANGAN TERLIBAT, SYOR LANGKAH RUNDINGAN PERDAMAIAN

Berita yang berkata Malaysia terlibat dalam satu siri latihan ketenteraan berkaitan peperangan di Syria baru-baru ini yang turut melibatkan 20 negara termasuk Arab Saudi amat membimbangkan. Ini kerana tindakan ketenteraan yang dipelopori Arab Saudi ini bakal mendatangkan impak geopolitik yang cukup negatif, bukan sahaja dari segi keselamatan di rantau Timur Tengah, tetapi juga pendirian neutral Malaysia selama ini.

Saya menggesa agar Putrajaya mengkaji cara terbaik untuk mengundur ("disengagement") dari situasi yang memasukkan Malaysia ke dalam kancah peperangan di Syria. Pada masa yang sama, Malaysia perlu berhenti dari menyertai sebarang latihan ketenteraan berkaitan Syria, terutama yang tidak menggunakan saluran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Peperangan bukanlah perkara yang mudah mahupun murah, dan tatkala ekonomi Malaysia tidak begitu sihat serta dibelenggu pelbagai masalah dan skandal kepimpinan sedia ada, langkah ketenteraan di Timur Tengah tidak patut di ambil kira selagi jalan penyelesaian melalui meja rundingan belum berakhir.

Sebaliknya, Malaysia perlu tegas dan proaktif mengesyorkan langkah rundingan dan perbincangan untuk mencapai perdamaian di Syria dan Timur Tengah. Hanya penyelesaian politik melalui meja rundingan dapat mencapai perdamaian yang lebih mampan dan berkekalan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN

23 Februari 2016

-

MEDIA STATEMENT

CONFLICT IN SYRIA: MALAYSIA SHOULD DISENGAGE MILITARILY AND NEGOTIATE PEACE

News that Malaysia is involved in a series of recent military exercises related to the armed Syrian conflict with 20 countries including Saudi Arabia is very worrying. This is because this military move headed by Saudi Arabia may bring about negative geopolitical ramifications, not only in terms of regional security in the Middle East, but also for Malaysia's long-standing neutral status.

I call on Putrajaya to review the best means for disengagement from any situation that may draw Malaysia further into the armed conflict in Syria. At the same time, Malaysia should refrain from participating in any military exercises related to the Syrian armed conflict, and particularly exercises that do not take place within the purview of the United Nations.

Armed conflicts are not to be trifled with, and at a time when Malaysia's economy is not doing too well and burdened by various problems and leadership scandals, Malaysia should not be involved in any military efforts in the Middle East so long as diplomatic means have not been exhausted.

On the other hand, Malaysia should be resolute and proactive in proposing negotiations and discussions for a peaceful settlement in Syria and the Middle East. Only a political solution through diplomatic channels can a sustainable and lasting peace be achieved.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Opposition Leader, Parliament of Malaysia
President, People's Justice Party

23 February 2016

Saturday 30 January 2016

Ucapan YB Senator Dr Muhammad Nur bin Manuty Di Dewan Negara sempena Sidang Khas TPPA : Kesan Buruk TPPA Kepada Rakyat Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim
Nahmaduhu wa nusalli 'ala rasulihi al-kari

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan Negara
Ahli - Ahli Yang Berhormat

1. Saya ingin memulakan perbahasan pada sidang khas di dewan yang mulia ini dengan melafazkan sepotong ayat al-Qur'an (Surah Yusuf : 11) "Laqad kana fi qisasihim 'ibratun li ulil albab" yang bermaksud  "Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka mempunyai pengajaran bagi orang yang berfikir." Ayat ini mengarahkan kita supaya mengambil 'ibrah (pengajaran) segala peristiwa yang telah berlaku di dalam sejarah peradaban manusia dari dahulu hinggalah sekarang.   

2. Pada hakikatnya , TPPA adalah implikasi dari agenda gergasi globalisasi yag telah beroperasi di pentas antarabangsa sejak empat dekad lalu. Pemain utamanya adalah Amerika Syarikat dan lain-lain negara sekutu.  Terlalu banyak persidangan, seminar dan bengkel mengenai kebaikan dan keburukan globalisasi yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak.  Berkaitan dengan keburukan globalisasi, perjanjian TPPA jelas memberi ruang untuk Amerika Syarikat menguasai sepenuhnya kandungan bahan-bahan hiburan dalam televisyen, filem dan muzik. Produk program terbitan tempatan akan terpinggir.  Pada hari ini, hanya RTM sahaja yang dapat melaksanakan kawalan isi kandungan hiburan. Program-program hiburan swasta jelas menatijahkan kesan-kesan negatif terutama dalam kalangan generasi muda dan kanak-kanak. Persoalannya program-program tersebut tidak menjamin pembinaan sahsiah unggul.  Nyatalah bahawa globalisasi seperti yang telah disebut oleh beberapa ilmuwan, bahawa globalisasi dengan idea terselubungnya  pensegajatan budaya Amerika itu jelas satu ancaman terhadap kelangsungan budaya tempatan.  Dalam bab pelaburan mengikut peruntukan dalam teks TPPA, pengecualian terhadap kandungan tempatan tidak eksplisit. Jadi, dengan menandatangani perjanjian TPPA, rakyat bakal menghadapi rempuhan budaya asing yang lebih meluas dan dilaksanakan atas nama liberalisasi.

3. Selain itu, kesan daripada kemasukan budaya asing adalah institusi keluarga yang semakin rapuh di negara ini akan lebih teruk terjejas dengan pelbagai penyakit sosial yang kronik seperti dadah, perceraian, anak luar nikah, perogolan dan kecenderungan hedonisme.  Justeru, kita bimbang generasi baru di negara ini tidak mempunyai self-resilience atau daya kekuatan ketahanan diri akibat warisan zuriat yang lemah.

4. Kita menentang perjanjian TPPA kerana perjanjian tersebut jelas menggugat kedaulatan Malaysia sebegai sebuah negara merdeka yang punya perlembagaan dan berpaksi kepada Rukun Negara. Persoalan kedaulatan negara adalah persoalan maruah bagi sesuatu bangsa dan negara bukan semata-mata pengumpulan kekayaan serta mencapai negara berpendapatan tinggi.  Justeru, apa pun yang kita laksanakan di dalam negara ini, persoalan maruah (dignity) hendaklah dijadikan pertimbangan utama. Ia juga termasuk dalam kategori indeks syari?ah seperti yang diwarwarkan oleh Perdana Menteri.  Sesungguhnya, persoalan maruah termasuk sebagai salah satu objektif dalam maqasid syari?ah  (objektif terutama Syari'ah) yang mesti dimartabatkan dalam merangka dasar-dasar negara.
Berhubungan dengan hal ini, cita-cita murni Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Mantan Perdana Menteri Malaysia kedua untuk menjadikan negara-negara ASEAN sebagai satu zon damai, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) akan terjejas kerana perjanjian TPPA. Manfaatnya diragukan meskipun YB. Menteri Perdagangan Antarabangsa menjamin Malaysia akan mendapat keuntungan besar.  Bagaimana negara boleh menjamin kedaulatan negara dengan termeterainya perjanjian TPPA yang jelas akan menggugat kedaulatan negara dengan memberi ruang kepada US membuat pelbagai peraturan yang tak diduga dari semasa ke semasa Tanpa TPPA, negara masih boleh berdagang bebas tanpa sebarang ikatan. Hingga kini Malaysia telah berjaya melakukan eksport ke pelbagai negara dengan mendapat keuntungan berbilion ringgit.

6. Menteri Perdagangan Antarabangsa kerap menyatakan bahawa Malaysia akan ketinggalan dengan negara Vietnam seandainya kita tidak menandatangani perjanjian TPPA. Kita ingin mengemukakan hujah Profesor Jomo KS, ilmuan ekonomi Malaysia ternama dan mantan Penolong Setiausaha Agung PBB (Bahagian Ekonomi dan Sosial) bahawa one may understand why Vietnam, at war with the US until four decades ago, is keen to join the TPPA, to strengthen its hand vis-a-vis China, but it too, will compel to apply a high economic price for Uncle Sam's protection.  Selanjutnya, Profesor Jomo bertanya kenapa Filipina dan Thailand yang lebih terbuka dasar ekonominya dari Malaysia tidak mahu menyertai perjanjian TPPA Saya mencadangkan kita mengikut jejak langkah Indonesia yang berminat untuk menyertai TPPA tetapi membuat keputusan untuk menunggu dahulu atau wait and see dan melihat kesan jangka pendek dan jangka panjang TPPA kepada negara-negara  yang sudah menyertai TPPA. Dalam hal ini, pedoman dari sepotong Hadis Rasulullah SAW, barangkali ada relevansinya. Baginda bersabda yang bermaksud ?Berhati-hati itu adalah bimbingan dari Allah SWT.

7. Fungsi ISDS yang diberikan oleh perjanjian TPPA adalah besar kerana tujuannya untuk melindungi kepentingan syarikat dengan membolehkan mereka menyaman kerajaan-kerajaan yang berdaulat. Mengapa syarikat tersebut diberi keistimewaan untuk dikecualikan dari pengenaan undang-undang yang diuruskan oleh mahkamah tempatan? Status mahkamah syariah dan sivil juga dalam perundangan negara akan terjejas dengan kehendak syarikat-syarikat korporat yang besar dalam pembuatan sesuatu keputusan yang boleh menjamin keuntungan mereka di dalam aktiviti perdagangan. Sekiranya ISDS diberi kuasa yang lebih, ianya tidak mustahil pada suatu hari nanti ISDS akan membuat keputusan yang bercanggah dengan keluhuran Perlembagaan Negara.

8.  Mengenai hal industri halal pula, saya mengkehendaki satu penjelasan lebih lanjut dari YB Menteri mengenai industri halal dalam konteks perjanjian TPPA. YB Menteri mengatakan bahawa peraturan mengenai logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM tidak terjejas, namun industri halal itu adalah lebih dari sekadar logo. Bagaimana dengan syarikat-syarikat milik orang Islam Apakah mereka mempunyai jaminan dapat beroperasi dengan bebas di bawah perjanjian TPPA? Mampukah mereka bersaing dengan syarikat daripada negara-negara maju seperti US dan Australia yang mempunyai minat menyertai industri halal selepas TPPA ditandatangani Kita berkecenderungan untuk mengatakan di sini bahawa oleh kerana industri halal ini mempunyai keuntungan yang sangat besar, maka ramai kaum kapitalis Barat akan mengerumuninya seperti semut mengerumuni gula.
Semasa perundingan teks TPPA oleh YB Menteri, negeri-negeri langsung tidak dilibatkan dalam perbincangan. Ini sangat mengecewakan kerana negeri-negeri yang bukan diperintah oleh BN seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan sangat aktif dalam perdagangan. Ternyata kerajaan sekali lagi melanggar prinsip federalisme. Saya bertanya kepada YB Menteri adakah TPPA akan memberi kesan kepada urusan perdagangan yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri dengan pelabur luar Perdagangan bukan sekadar melibatkan urusan kerajaan persekutuan tetapi juga kerajaan negeri. Malaysia sepatutnya mengikut seperti Kanada yang melibatkan wakil kerajaan negeri mereka dalam perundingan TPPA.

10. Tanpa menafikan ada beberapa kebaikan yang dapat diperolehi daripada perjanjian TPPA, namun kekhawatiran kita bahawa proses globalisasi ini laksana satu tsunami besar yang melanda setiap pelusuk dunia tanpa sebarang pengecualian. Perjanjian Pangkor dan peranan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada abad ke -19 di rantau ini telah meninggalkan kesan-kesan yang buruk ke atas negara yang telah dijajah seperti Malaysia. Justeru, kita melihat faktor mempertahankan kemuliaan ('izzah) warga negara Malaysia supaya tidak terjebak dengan kehinaan (azillah) dapat dihindarkan dengan langkah menolak penglibatan Malaysia dalam perjanjian TPPA. Inilah yang telah digambarkan dalam Al-Quran dalam Firman Allah (Surah An-Naml : 34) "Sesungguhnya para penguasa apabila memasuki sesuatu tempat atau negeri maka kemuliaan warga tempatan tercemar menjadi hina dengan perbuatan pihak penguasa lakukan."

Bagi mengakhiri ucapan ini, dengan ini saya bersama rakan-rakan dari Pakatan Harapan dan PAS menolak usul YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Majlis Perasmian Retreat

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datok Hj Mohd Rasyid Bin Hasnon,
Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang.

Retreat BiPPA 29-31 Jan 16 - Pulau Pinang.

AJK BiPPA Pusat berada di Pulau Pinang pada 29,30 dan 31 Jan 2016,
Retreat, membincangkan perkara perkara asas utama berkaitan BiPPA.
InsyaALLAH,segala lapuran berkaitan akan menyusul.

Sunday 17 January 2016

YB Pengerusi BiPPA di Sabah

YB Senator Dr.Muhammad Nur Manuty menyampaikan ceramah tentang konsep Rahmatan Lil Alamin di majlis sambutan Maulidul Rasul peringkat negeri Sabah di cabang Kota Marudu anjuran BiPPA Sabah.
Ceramah YB menarik minat dari kalangan penganut kristian yang hadir.

Friday 15 January 2016

Kenyataan Akhbar YB Pengerusi BiPPA PKR Pusat

Kenyataan Akhbar BiPPA
KEGANASAN DI JAKARTA: PERLUNYA LANGKAH PRAKTIS BENDUNG GERAKAN 'IS'


Siri tragedi pengemboman di beberapa kota dunia – Istambul, Paris dan yang terbaru di Jakarta pada 14hb. Januari 2015,adalah amat mendukacitakan dan dikesali. Ia adalah tindakan yang amat tidak berperikemanusiaan dan bertentangan dengan tata susila semua agama.

Justeru, Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agma (BiPPA) KEADILAn, mendokong sepenuhnya kenyataan rasmi Dato Seri Anwar Ibrahmi (Ketua Umum KEADILAN) dan YAB Dato Sri Azmin Ali, Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden keADILan.

Sesungguhnya, BiPPA ingin mengulangi pandangan majoriti masyarakat antara bangsa, bahawa permasalahan keganansan ini perlu ditangani secara komprehensif, menyeluruh dan bersepadu. Ia tidak mungkin diselesaikan melalui pendekatan jangka pendek, 'adhoc' dan bersifat reaktif semata-mata. Kita wajib mencari prinsip dan kaedah imperatif untuk membenterasnya.

Justeru, kami ingin mengangkat pandangan Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, yang telah mengemukakan langkah-langkah yang praktis (sila lihat al-Qaradawi, "Qira'h fi Waqi' al-Ummah fi al Fatrah al-Akhirah" (Menela'ah Realiti Umat Dalam Waktu Mutakhir), Kaherah: 2009, ms.36). 

Menurut beliau, untuk membanteras ekstremisme, hendaklah bermula dengan kajian mendalam ke atas diri dan peribadi pengganas. Lazimnya mereka ini terlalu taksub dengan sesuatu ideologi yang dianuti. Ia juga berlaku akibat dari kefahaman yang janggal dan tercemar mengenai agama Islam.  Ekstremisme juga berlaku akibat daripada penindasan, ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku di beberapa negara Islam tertentu, terutama di Timur Tengah. Kesemua faktor seperti inilah yang melahirkan kelompok ekstrimis yang sangat tegar berpegang dengan prinsip kekerasan (al-'unuf)..

Maka itu, perang keatas keganasan fikiran dan fizikal ini, tidak memadai dengan menggunakan senjata semata-mata. Ia memerlukan kajian mendalam, perancangan teliti,  hikmah, istiqamah dan kesabaran. Kita juga berkeyakinan bahawa,  seandainya fahaman dan amalan demokrasi - kebebasan, keadilan, ketelusan pemerintahan – dipraktiskan secara berkesan, kelompok masyarakat yang berilmu, matang dan bijaksana akan meluas dan berkembang.  Unsur-unsur yang bersifat tegar dan ganas akan dapat dibanteras dan disekat.

Sesungguhnya, negara kita Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara lain,  memang selama ini dikenali sebagai rantau damai dan aman.  Amalan Islam yang bersifat wasatiyyah dan sederhana telahpun dihayati dan diamalkan sejak dari awal perkembangannya. Justeru, iklim dan budaya seperti ini hendaklah disuburkan dan dikekalkan. 

Sehubungan ini, BiPPA menggesa semua pihak, terutama pihak berkuasa di negara ini supaya merujuk semula pandangan ilmuan-ilmuan Islam dalam menangani gejala keganasan ini.  Umpamanya, karya-karya Shaikh Yusuf al-Qaradawi (Tokoh Ma'l Hijrah negara) seperti Fiqh al-Jihad (2 Jilid) dan al-Wasatiyyah (kesederhanaan), amat relevan dijadikan rujukan utama. 

Sesungguhnya, Islam menolak faham ekstrimisme agama (al-ghuluwwu). Junjungan Muhammad SAW bersabda dalam sebuah hadis sahih: : "Binasalah golongan yang bersangatan (al-mutanattiu'un) dalam sesuatu perkara." 

BiPPA berpendirian, gejala keganasan ini adalah amat serius dan ancaman besar kepada negara dan agama.  Justeru, kami menyeru kepada semua pihak - institusi politik, agama, keselamatan, tentera, pendidikan, sosial, NGO dan lain-lain kelompok yang relevan - untuk bersama-sama berganding bahu dalam usaha membenterasnya. 

YB Senator Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA)  keADILan
15/1/2015

Saturday 2 January 2016

Peluncuran karya Dr Ghazali Basri

2-Januari-2016,Pengerusi BiPPA PKR Pusat,YB Senator Dr Muhammad Nur Bin Hj Manuty telah diberi penghormatan meluncurkan karya penulisan Dr Ghazali Basri bertajuk "Comparative Religion" di Hotel Putrajaya Bangi,Bandar Baru Bangi.